RSS

Tuesday 26 March 2013

SYURGA ATAU NERAKA

Kepastian

Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-team
http://liriknasyid.com


Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah


Sunday 22 July 2012

RAMADHAN BULAN YANG DIRINDUI

Alhamdulillah, 
Setelah lama merinduinya,yang dikasihi telah pun tiba.Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Setiap tahun aku menanti mu tanpa rasa jemu.Dan tiap detik aku mengharapkan agar dapat dipertemukan dengan mu lagi.Ya Allah..Tuhan yang memberikan nikmat kehidupan ku panjatkan kesyukuran atas belas kasihan Mu kepada hamba pendosa ini.Aku mengharapkan agar kali ini ianya lebih bermakna untuk menjadikan aku sebagai insan yang benar-benar bertakwa.
Ya Allahu Ya Rabbi...berilah aku kekuatan dan ketabahan megharungi cabaran Ramadhan ini.Jadikan aku insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Sunday 22 January 2012

ULAMA PEWARIS NABI

Alhamdulillah,
Allah penentu segala keadaan.Tanggal 13 Januari 2012 hari yang selama ni ditunggu-tunggu untuk bertemu dengan seorang Ulama iaitu Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki akhirnya Allah perkenankan.Memang benar kata "bila kita rindu seseorang,pasti kita akan dapat bertemu dengannya juga".Apakah yang ada pada Sheikh ini,sehingga membuatkan ana teringin benar untuk bertemu dengan Beliau.Akhirnya Allah tunjukkan sesuatu kepada ana rahsia disebalik semua itu.
Masyaallah tabarakallah....satu karisma hebat yang seakan-akan terpancar menerangi di lorong gelap membuatkan hati takjub apabila melihat Ulama ini.Bukanlah untuk membesarkan secara berlebihan tentang Ulama ini,tapi itulah yang terbit di pandangan mata ana atas dasar ingin memuliakan Ulama.Selama 3 hari kedatangan Ulama ini di negeri Sabah kali ini,ana tidak melepaskan peluang yang ada untuk menghadiri majlis "tafaqquh fiddin" yang diadakan oleh Sheikh Muhammad Nuruddin.
Masyaallah tabarakallah...banyak ilmu yang disampaikan beliau untuk menjadi pedoman dan tips meletakkan diri kita sebagai hamba yang bertakwa.Tingginya adab yang ditunjukkan oleh Sheikh Muhammad Nuruddin ini patut menjadi contoh amalan kita.Secara terperinci,beliau menjelaskan mengapa kita harus mengamalkan adab dan memuliakan sesuatu perkara,telah membukakan mata ana atas kesilapan diri yang selama ini tidak disedari.Tiada apa kata yang dapat diungkapkan kepada Sheikh atas ilmu yang dicurahkan selain ucapan syukur dan terima kasih.Kenangan bersama beliau di Masjid Negeri Kota Kinabalu,Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan amat teristimewa di Surau Nur Bahari (Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz,Bandar Sierra) pasti tidak akan dilupakan.
Ana berasa bangga dan terharu kerana beliau sudi meluangkan masa di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz tempat ana mencurahkan bakti mendidik anak-anak Islam.Satu program telah diatur pihak sekolah iaitu Seminar Keluarga Cemerlang "Satu keluarga satu hafidz" pada 14 Jan 2012 dan Sheikh Muhammad Nuruddin telah dijemput sebagai penceramah khas dalam program ini.Sekali lagi ana panjatkan kesyukuran kerana menjadi pilihan Allah untuk berkhidmat sementara waktu kepada Ulama ini.
Masyaallah tabarakallah...sangat manis kenangan bersama Sheikh Muhammad Nuruddin.Pada 15 Januari 2012 seusai tamat majlis tafaqquh fiddin di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ana berpeluang menyertai beberapa orang sahabat ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menghantar dan mengiringi Sheikh Muhammad Nuruddin.Sheikh akan berangkat ke Kuala Lumpur dan menaiki penerbangan pada pukul 4.20 petang.Sempat juga ana bersalaman,mencium tangan,memeluk erat tubuh beliau dan merakamkan gambar bersama.Hanya perkataan "doakan kebaikan kepada ana dan isteri",yang dapat ana ungkapan kerana tidak dapat menahan sebak berpisah dengan Sheikh Muhammad Nuruddin.
Masyaallah tabarakallah........ungkapan yang sering Sheikh Nuruddin lafazkan.....










 

Sunday 2 October 2011

Nasihat Untuk Bakal Ahli Kubur

Assalamualaikum...dikesempatan ini..ana nak kongsikan satu peringatan yang ana dapat melalui pembacaan buku,ana ambil sedikit petikan dari buku ini...Buku ni bertajuk "KHALIFAH ZUHUD UMAR BIN ABDUL AZIZ"..Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua...ameen ya Allah..


"Wahai penghuni kubur untuk hari esoknya! Apakah lagi yang akan menyebabkan engkau terpedaya lagi dengan dunia? 
Adakah engkau mengetahui bahawa engkau akan kekal buat selamanya di dunia dan dunia akan kekal menjadi milikmu? 
Di saat engkau disemadikan di liang lahad, kemanakah perginya rumah engkau yang luas dan sungai engkau yang sentiasa mengalir? 
Di manakah buah-buahan yang masak ranum? 
Kemanakah perginya kelembutan baju yang engkau pakai? 
Di manakah bauan harum semerbak dan kayu gaharu? 
Di manakah pakaian musim sejuk dan musim panas yang engkau pakai?
Mengapa mereka semua enggan datang menolong tuannya di saat genting, di saat tuannya menghadapi sakaratul maut dan kesengsaraannya,berperang  dengan dahaga dan kesakitan sehingga terpercik peluh-peluh dingin daripada tubuh badannya,menunggu ketetapan daripada langit,ketetapan qada dan qadar yang tidak boleh diubah dan ketetapan ajal yang tidak dapat disekat lagi."
Jauh sekali dan jauh sekali mereka semua akan datang membantumu wahai orang yang telah menyusahkan ayahnya,saudaranya,anaknya,dan menyusahkan orang yang memandikan mayatnya.
Oleh itu sedarlah wahai orang yang mengkafankan mayat dan membawanya ke kubur.
Sedarlah wahai mereka yang meletakkan simayat bersendirian didalam kubur dan kemudian meninggalkannya."
"Alangkah sedihnya kurasakan bila mengingati keadaanku ketika dibaringkan di atas tanah yang kasar.
Manakah pipiku yang mula-mula akan hancur!
Sedarlah wahai diri yang akan binasa kerana engkau tidak lama lagi akan berada bersama-sama mereka yang telah mati."
"Alangkah sedihnya bila memikirkan apakah yang akan dilakukan oleh Malikil Maut terhadapku disaat keluarnya rohku dari alam dunia ini dan apakah suratan amalan yang bakal ku terima daripada Tuhanku."


Syair Khalifah Umar bin Abdul Aziz...
~Engkau bergembira dengan kemewahan dunia yang fana dan dilalaikan oleh anak-anak yang engkau sayangi
~Sebagaimana terpedayanya orang yang bermimpi mengecapi kelazatan di dalam tidur 
~Wahai mereka yang tertipu,siang harinya engkau penuhi dengan kealpaan dan kelalaian
~Malam harinya engkau hanya tidur.Justeru itu,kebinasaan akan menjadi milikmu
~Engaku hanya melakukan perkara yang engkau sendiri bencikan akibat kesudahannya
~Ini kerana sepanjang hidup di dunia,engkau hidup sebagaimana hidupnya binatang yang diternak



SUMBER:Buku Khalifah Zuhud Umar bin Abdul Aziz 
                karangan  oleh Tuan Guru Hj Muhammmad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Friday 15 July 2011

Sahabat-sahabat hebat lahir di daerah terpencil Beluran bangkit berjuang membela agama Allah SWT

Subhanallah...hebatnya usaha mereka.Amat kental jiwa mereka.Apa perkara untuk agama mereka cuba korbankan apa sahaja.Berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.Harta,diri dan masa mereka sebolehnya diberikan untuk membantu agama Allah SWT.

  • Sahabat-sahabat...ana merindui doa hidayat untuk umat ini yang sama-sama kita panjatkan bersama kepada Allah SWT. 
  • Sahabat-sahabat...ana merindui waktu kita "taam" bersama.Ikramul muslimin yang kalian amalkan sungguh mendatangkan kesan yang sangat hebat.
  • Sahabat-sahabat...ana merindui ketika saat kita berjalan kaki sejauh berkilo meter semata-mata untuk menziarahi saudara Islam kita.
  • Sahabat-sahabat...ana merindui keadaan ketika hujan yang lebat kita bersama basah kuyup sewaktu keluar menziarahi saudara Islam kita.
  • Sahabat-sahabat...ana merindui waktu ketika kita dicaci,dihina dan dipersendakan oleh sebahagian saudara kita.Namun semangat kita terus kuat dan bangkit memperjuangkan kalimah Allah.
  • Sahabat-sahabat...ana merindui senyuman dan tangisan kita bersama ketika keluar di jalan Allah atas maksud mengislahkan diri kita yang lemah dan penuh dosa.
  • Sahabat-sahabat...ana merindui masa kita bersama khidmat untuk masjid.
  • Sahabat-sahabat...ana merindui percakapan iman yang sering kita ungkapkan untuk mentarbiyyah yakin kita kepada Allah SWT.
  • Sahabat-sahabat...ana merindui ungkapan yang tidak ternilai harganya "ALLAH MAHA KUASA,MAKHLUK TIDAK ADA KUASA" , "KEJAYAAN HANYA DALAM AGAMA,MENTAATI SELURUH PERINTAH ALLAH DAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH SAW".
  • Sahabat-sahabat...banyak lagi ana ingin nukilkan tentang usaha kita tetapi biarlah ia bersemadi kemas di hati ini.Semoga sahabat-sahabat menjadi saksi amal kebaikan yang ana lakukan.Semoga Allah bangkitkan kita bersama Rasulullah SAW dan dapat meminum air dari telaga kautharnya di hari akhirat nanti.Semoga Allah memelihara kita dan seluruh umat Islam dalam kebaikan.Jazakallah khair.......

Monday 11 July 2011

SEKOLAH RENDAH ISLAM AL HAFIDZ

Anak-anak kecil yang hadir di sekolah setiap hari,
Macam-macam perangai ada,
Kadang-kadang mencabar keimanan hati,
Tapi kerana ingin jadi sang Murobbi harus kentalkan jiwa,
Wahai Allah hamba Mu ini memohon hati yang suci,
Untuk mendidik bakal pembela agama,
Tanpa kudrat Mu tidak terdaya hamba berdiri,
Pada Mu ku berharap dan meminta.....
 YA ALLAH..YA ALLAH..YA ALLAH..

Tuesday 5 July 2011

Buah...

..Buah-buah iman itu..?

utk Allah.. dan kerana Allah.. aku mulai hariku, langkahku, hidupku, lisanku dan mungkin juga tulisanku..


rindu yang tidak pernah kering buat junjungan besar kita Rasulullah saw...


dan kerena dakwah baginda.. hari ini aku mengenali Allah, mengetahui tujuan hidup, dan memahami akan tuntutan amanah dari Allah sebagai seorang hamba-Nya yg bernafas di jagat raya ini..



benarlah.. tarbiyah itu telah mengajarkanku.. erti menyemai buah keimanan dari pepohon yang menjulang tinggi ke langit..


"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat." [Ibrahim, 14:24-25]


aku tersentuh dengan firman Allah ini.. ketika aku membacanya berulang2 kali.. baca dan baca lagi.. mengamati... seraya memahami apa yg tersirat dan tersurat yg Allah ingin sampaikan padaku...


kita sering berulang kali.. tak henti2 mengatakan..


bangunlah wahai iman!!


bangunlah!!


agar ia menjadi pohon yang kukuh.. teguh..


dan itu sering aku ingatkan pada diriku.. dari amal2 yg aku kerjakan.. supaya aku bisa membangunkan iman itu.. atau aku berusaha utk menamam benih2 cinta kepada Allah.. agar pohon iman pun tumbuh lalu menjulang tinggi ke langit....


itulah yg mungkin segelintir dari kita melakukannya..


namun, sebenarnya..


tidak hanya cukup pohon iman itu...