Sunday 22 July 2012

RAMADHAN BULAN YANG DIRINDUI

Alhamdulillah, 
Setelah lama merinduinya,yang dikasihi telah pun tiba.Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Setiap tahun aku menanti mu tanpa rasa jemu.Dan tiap detik aku mengharapkan agar dapat dipertemukan dengan mu lagi.Ya Allah..Tuhan yang memberikan nikmat kehidupan ku panjatkan kesyukuran atas belas kasihan Mu kepada hamba pendosa ini.Aku mengharapkan agar kali ini ianya lebih bermakna untuk menjadikan aku sebagai insan yang benar-benar bertakwa.
Ya Allahu Ya Rabbi...berilah aku kekuatan dan ketabahan megharungi cabaran Ramadhan ini.Jadikan aku insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Sunday 22 January 2012

ULAMA PEWARIS NABI

Alhamdulillah,
Allah penentu segala keadaan.Tanggal 13 Januari 2012 hari yang selama ni ditunggu-tunggu untuk bertemu dengan seorang Ulama iaitu Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki akhirnya Allah perkenankan.Memang benar kata "bila kita rindu seseorang,pasti kita akan dapat bertemu dengannya juga".Apakah yang ada pada Sheikh ini,sehingga membuatkan ana teringin benar untuk bertemu dengan Beliau.Akhirnya Allah tunjukkan sesuatu kepada ana rahsia disebalik semua itu.
Masyaallah tabarakallah....satu karisma hebat yang seakan-akan terpancar menerangi di lorong gelap membuatkan hati takjub apabila melihat Ulama ini.Bukanlah untuk membesarkan secara berlebihan tentang Ulama ini,tapi itulah yang terbit di pandangan mata ana atas dasar ingin memuliakan Ulama.Selama 3 hari kedatangan Ulama ini di negeri Sabah kali ini,ana tidak melepaskan peluang yang ada untuk menghadiri majlis "tafaqquh fiddin" yang diadakan oleh Sheikh Muhammad Nuruddin.
Masyaallah tabarakallah...banyak ilmu yang disampaikan beliau untuk menjadi pedoman dan tips meletakkan diri kita sebagai hamba yang bertakwa.Tingginya adab yang ditunjukkan oleh Sheikh Muhammad Nuruddin ini patut menjadi contoh amalan kita.Secara terperinci,beliau menjelaskan mengapa kita harus mengamalkan adab dan memuliakan sesuatu perkara,telah membukakan mata ana atas kesilapan diri yang selama ini tidak disedari.Tiada apa kata yang dapat diungkapkan kepada Sheikh atas ilmu yang dicurahkan selain ucapan syukur dan terima kasih.Kenangan bersama beliau di Masjid Negeri Kota Kinabalu,Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan amat teristimewa di Surau Nur Bahari (Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz,Bandar Sierra) pasti tidak akan dilupakan.
Ana berasa bangga dan terharu kerana beliau sudi meluangkan masa di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz tempat ana mencurahkan bakti mendidik anak-anak Islam.Satu program telah diatur pihak sekolah iaitu Seminar Keluarga Cemerlang "Satu keluarga satu hafidz" pada 14 Jan 2012 dan Sheikh Muhammad Nuruddin telah dijemput sebagai penceramah khas dalam program ini.Sekali lagi ana panjatkan kesyukuran kerana menjadi pilihan Allah untuk berkhidmat sementara waktu kepada Ulama ini.
Masyaallah tabarakallah...sangat manis kenangan bersama Sheikh Muhammad Nuruddin.Pada 15 Januari 2012 seusai tamat majlis tafaqquh fiddin di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ana berpeluang menyertai beberapa orang sahabat ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu untuk menghantar dan mengiringi Sheikh Muhammad Nuruddin.Sheikh akan berangkat ke Kuala Lumpur dan menaiki penerbangan pada pukul 4.20 petang.Sempat juga ana bersalaman,mencium tangan,memeluk erat tubuh beliau dan merakamkan gambar bersama.Hanya perkataan "doakan kebaikan kepada ana dan isteri",yang dapat ana ungkapan kerana tidak dapat menahan sebak berpisah dengan Sheikh Muhammad Nuruddin.
Masyaallah tabarakallah........ungkapan yang sering Sheikh Nuruddin lafazkan.....