Sunday 2 October 2011

Nasihat Untuk Bakal Ahli Kubur

Assalamualaikum...dikesempatan ini..ana nak kongsikan satu peringatan yang ana dapat melalui pembacaan buku,ana ambil sedikit petikan dari buku ini...Buku ni bertajuk "KHALIFAH ZUHUD UMAR BIN ABDUL AZIZ"..Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua...ameen ya Allah..


"Wahai penghuni kubur untuk hari esoknya! Apakah lagi yang akan menyebabkan engkau terpedaya lagi dengan dunia? 
Adakah engkau mengetahui bahawa engkau akan kekal buat selamanya di dunia dan dunia akan kekal menjadi milikmu? 
Di saat engkau disemadikan di liang lahad, kemanakah perginya rumah engkau yang luas dan sungai engkau yang sentiasa mengalir? 
Di manakah buah-buahan yang masak ranum? 
Kemanakah perginya kelembutan baju yang engkau pakai? 
Di manakah bauan harum semerbak dan kayu gaharu? 
Di manakah pakaian musim sejuk dan musim panas yang engkau pakai?
Mengapa mereka semua enggan datang menolong tuannya di saat genting, di saat tuannya menghadapi sakaratul maut dan kesengsaraannya,berperang  dengan dahaga dan kesakitan sehingga terpercik peluh-peluh dingin daripada tubuh badannya,menunggu ketetapan daripada langit,ketetapan qada dan qadar yang tidak boleh diubah dan ketetapan ajal yang tidak dapat disekat lagi."
Jauh sekali dan jauh sekali mereka semua akan datang membantumu wahai orang yang telah menyusahkan ayahnya,saudaranya,anaknya,dan menyusahkan orang yang memandikan mayatnya.
Oleh itu sedarlah wahai orang yang mengkafankan mayat dan membawanya ke kubur.
Sedarlah wahai mereka yang meletakkan simayat bersendirian didalam kubur dan kemudian meninggalkannya."
"Alangkah sedihnya kurasakan bila mengingati keadaanku ketika dibaringkan di atas tanah yang kasar.
Manakah pipiku yang mula-mula akan hancur!
Sedarlah wahai diri yang akan binasa kerana engkau tidak lama lagi akan berada bersama-sama mereka yang telah mati."
"Alangkah sedihnya bila memikirkan apakah yang akan dilakukan oleh Malikil Maut terhadapku disaat keluarnya rohku dari alam dunia ini dan apakah suratan amalan yang bakal ku terima daripada Tuhanku."


Syair Khalifah Umar bin Abdul Aziz...
~Engkau bergembira dengan kemewahan dunia yang fana dan dilalaikan oleh anak-anak yang engkau sayangi
~Sebagaimana terpedayanya orang yang bermimpi mengecapi kelazatan di dalam tidur 
~Wahai mereka yang tertipu,siang harinya engkau penuhi dengan kealpaan dan kelalaian
~Malam harinya engkau hanya tidur.Justeru itu,kebinasaan akan menjadi milikmu
~Engaku hanya melakukan perkara yang engkau sendiri bencikan akibat kesudahannya
~Ini kerana sepanjang hidup di dunia,engkau hidup sebagaimana hidupnya binatang yang diternak



SUMBER:Buku Khalifah Zuhud Umar bin Abdul Aziz 
                karangan  oleh Tuan Guru Hj Muhammmad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki